KUANTAN, 19 OKTOBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang bercadang membangunkan pusat data berskala besar bagi memastikan Pahang tidak ketinggalan dari segi infrastruktur digital.
Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, pusat berkenaan dianggarkan dapat menarik kira-kira 1,000 kilowatt (kW) sahaja.
“Kita nak galakkan pelaburan data center dan sedang lihat cadangan pelaburan daripada syarikat-syarikat data center buat Kerajaan Negeri Pahang. Mungkin data pelaburan itu tidak setinggi Lembah Klang dan juga Johor, di mana mereka bakal membangunkan di antara 40 hingga 50 data center, setiap negeri. Itu jauh lebih tinggi.
“Kami beranggapan kami mampu menarik sehingga 1,000 megawatt data center supaya kita tidak ketinggalan dari segi infrastruktur digital. Tapi pokok pangkalnya kita tidak mahu bekalan kepada rakyat Negeri Pahang terjejas dari segi bekalan elektrik, dan juga bekalan air.
Sebab data center ini ia gunakan begitu banyak kuasa tenaga air, elektrik, dan juga fiber optik.
“Kita boleh pastikan dia seimbang. Kita tarik pelaburan tapi bekalan utiliti rakyat terjamin dalam masa yang sama. Sekarang kita cuma ada private data center tapi data center skala besar belum ada lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Saya Digital (JSD) @ Kuantan sempena Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) 2024 di Berjaya Megamall Kuantan.
Menurut beliau, setakat ini tiga kawasan dikenalpasti telah bersedia untuk dijadikan pusat data ini iaitu di Kuantan, Gambang, dan Bentong.
“Saya rasa ada beberapa lokasi yang boleh di kira ready untuk tarik pelaburan data center. Antaranya daerah Kuantan, Gambang, dan Bentong. Bagi tempat lain belum ada tiga elemen yang kritikal iaitu bekalan air yang mencukupi, bekalan elektrik, dan laluan fiber optik yang membolehkan data center itu bertapak.
“Sebab data center ini dia perlu banyak back up, sebab saya diberitahu oleh pemain industri walaupun data center ini ada down time selama 5 minit, mereka akan didenda dengan hebat.
Ada denda sampai 17 hari sewa kalau tidak mematuhi syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh pelanggan data center yang rata-rata syarikat multinasional,” katanya.
Sumber: Pahang Media
ความคิดเห็น