top of page

NRECC cadang selenggara parit, laksana rancangan tebatan atasi masalah banjir


NRECC cadang selenggara parit, laksana rancangan tebatan atasi masalah banjir.
NIK Nazmi Nik Ahmad (empat, kiri) meninjau parit yang dipenuhi sampah susulan banjir kilat melanda sekitar Shah Alam dan Klang, dekat Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF

NRECC cadang selenggara parit, laksana rancangan tebatan atasi masalah banjir.

KLANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mencadangkan peningkatan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir kilat yang melanda sekitar daerah ini dan Shah Alam, pada Ahad lalu.


Selain itu, kementerian berkenaan turut mencadangkan langkah jangka panjang dengan menyegerakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batu Enam, Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kejadian banjir berlaku adalah disebabkan hujan sangat lebat dan berpanjangan melebihi tiga jam yang bertembung dengan air laut pasang.


“Selain itu, faktor sistem saliran dalaman yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan tidak dapat mengalir ke sungai kerana aras air sungai yang tinggi juga turut menyumbang kepada berlakunya banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu beliau melawat kawasan terjejas banjir sekitar Bandar Bukit Raja dan meninjau sistem perparitan yang perlu diselenggara untuk mengelak kejadian banjir pada masa akan datang.


Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan insiden pekerja dan pengguna terperangkap dalam pejabat dan kereta berikutan kawasan terjejas seperti di Setia Alam, Shah Alam; Meru dan Bukit Raja, Klang dan Jalan Ijok, Kuala Selangor ditenggelami air.


Banjir yang berlaku pada awal pagi itu disebabkan oleh hujan lebat bermula pukul empat pagi menyebabkan lebuh raya dan jalan utama termasuk Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Persekutuan.


Dalam pada itu, Nik Nazmi menjelaskan hujan lebat tempoh hari mencatatkan bacaan sehingga 98.5 milimeter (mm) dan menyebabkan banjir kilat apabila paras air naik sehingga 0.5 meter (m).


Paras air naik di Taman Daya Meru, Taman Daya Maju, Jalan Kasban, Persiaran Hamzah Alang, Bandar Baru Bukit Raja dan Mutiara Bukit Raja menyebabkan 50 hingga 100 buah rumah terjejas.


“Pada hari kejadian, paras Sungai Binjai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu 4.38m berbanding 4.2m pada pukul 12 tengah hari dan melibatkan perpindahan 20 keluarga,” jelasnya.


Sumber: Utusan


NRECC cadang selenggara parit, laksana rancangan tebatan atasi masalah banjir.


コメント


bottom of page