top of page

Mudajaya raih kontrak RM41.34 juta daripada MJC City Development bangunkan kondominium di Kuching



KUALA LUMPUR 15 Nov - Mudajaya Group Bhd menerima surat anugerah (LoA) daripada MJC City Development Sdn Bhd bernilai kira-kira RM41.34 juta bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan kondominium 17 tingkat di Jalan Batu Kawa, Kuching. 


Dalam satu makluman di Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, LoA yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Mudajaya Corporation Bhd itu akan bermula pada 9 Disember 2024. 


“Projek ini dijangka siap dalam tempoh 22 bulan dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya,” katanya.


Selain daripada Pengarah Bersama Mudajaya Corporation Berhad dan MJC City Development Sdn Bhd, James Wong Tet Foh, kumpulan itu berkata,tiada pengarah atau pemegang saham utama Mudajaya, mahupun orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut.

Sumber: Dagang News

Comments


bottom of page