KOTA BHARU - Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak menerima sebarang laporan gangguan projek pembangunan membabitkan kementerian itu sepanjang Monsun Timur Laut.
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, dua projek di Kelantan ialah Lingkaran Tengah Utama dan pembinaan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai serta Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Itu sahaja projek besar di Kelantan dan setakat ini kesemuanya berjalan lancar.
Kementerian itu juga maklum bahawa setiap tahun berlaku MTL.
Kesemua faktor itu sudah dimasukkan dalam anggaran masa yang diberi kepada pihak yang mengendalikan projek termasuk sekolah, jalan dan jambatan.
Dalam perkembangan lain, pembinaan jambatan bailey di Jalan Jelawang-Gua Musang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak dapat dilakukan berikutan lokasi itu berada di kawasan tinggi.
Faktor berkenaan menjadikan kawasan berkenaan sukar dibina lencongan.
Buat masa ini penduduk terpaksa melalui jalan yang agak jauh iaitu melalui Jelawang dan Sungai Sap.
KKR permohonan daripada ADUN Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani untuk membina jambatan sementera selepas jalan runtuh akibat banjir beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kaedah terbaik ialah meneruskan pembinaan jalan kekal namun akan mengambil masa paling minimum tiga bulan.
Sumber: Sinar Harian
Comments