top of page

MoF lulus RM70 juta sambung enam projek tebatan banjir


MoF lulus RM70 juta sambung enam projek tebatan banjir
Gambar hiasan: Projek tebatan banjir

MoF lulus RM70 juta sambung enam projek tebatan banjir

MELAKA – Kementerian Kewangan (MoF) meluluskan peruntukan hampir RM70 juta bagi sambungan enam projek rancangan tebatan banjir (RTB) di seluruh negeri ini.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah terbesar adalah menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai kolam dwi-fungsi sebanyak RM23.5 juta daripada keseluruhan kos RM603.6 juta.


Menurutnya, RTB Sungai Duyong pula adalah sebanyak RM18.7 juta daripada kos sepenuhnya RM163.8 juta.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Manakala RTB Bandar Jasin pula kita luluskan sebanyak RM11.3 juta, RTB Bandar Merlimau (RM9.4 juta), RTB Alor Gajah Fasa 1 (RM4.6 juta) dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 sebanyak RM1 juta.


“Keseluruhannya, sebanyak RM68.5 juta diluluskan tahun ini untuk kesemua enam projek naik taraf kolam dan RTB di Melaka,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog pada siri Jelajah Belanjawan 2024 di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata, kelulusan itu selepas kerajaan Pusat meneliti kepentingan mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.


“Oleh kerana Melaka berada dalam zon banjir yang kronik, sebelum ini berlaku banjir di beberapa tarikh maka MoF telah meluluskan peruntukan untuk mengatasi masalah rakyat ini,” katanya.



MoF lulus RM70 juta sambung enam projek tebatan banjir

Comments


bottom of page