top of page

MN Holdings diramal peroleh lebih banyak projek dipacu rekod cemerlang kerja-kerja kejuruteraan utiliti bawah tanah



KUALA LUMPUR 4 Nov - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research meramalkan MN Holdings Bhd memperoleh lebih banyak projek pada masa hadapan dipacu rekod cemerlang kumpulan dalam melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang untuk Tenaga Nasional Bhd (TNB).


Katanya, permintaan kukuh bagi rumusan infrastruktur tenaga daripada sektor swasta, khususnya bagi pembinaan pusat data boleh memberi insentif kepada TNB untuk menawarkan harga yang lebih baik kepada kontraktor, sekali gus memberi manfaat besar kepada pemain industri seperti MN Holdings. 


Firma penyelidikan itu berkata, Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) akan datang untuk 2025-2027 akan menyaksikan TNB sekali lagi meningkatkan perbelanjaannya bagi memastikan keselamatan bekalan kuasa bagi memenuhi unjuran pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 1.6%-4.3%. 


"Jangkaan belanjawan yang lebih tinggi daripada TNB ini akan menyediakan lebih banyak peluang kontrak kepada kumpulan," katanya dalam satu nota kajian.


Terdahulu, kumpulan itu Berjaya memperoleh kontrak RM63 juta daripada Tenaga Nasional Bhd bagi membangunkan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).


Firma penyelidikan itu berkata, menerusi kemenangan itu, buku pesanan MN Holdings mencecah kira-kira RM717 juta, dengan kemenangan setakat FY25 berjumlah RM285.2 juta.


Katanya, selain pengembangan kapasiti am untuk transmisi pengambilan utama (PMU), firma penyelidikan itu memahami projek itu bertujuan membuka jalan kepada PMU Santong untuk menggunakan BESS.


"Fasa kedua sambungan dalaman antara PMU dan BESS akan ditender sebaik sahaja BESS dipasang oleh pihak ketiga," katanya.


mHLIB mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.60 sesaham n


Sumber: Dagang News


Kommentare


bottom of page