top of page

MK Land rai pencapaian operasi komersial loji solar PV


MK Land rai pencapaian operasi komersial loji solar PV
Gambar hiasan

MK Land rai pencapaian operasi komersial loji solar PV

Bagan Serai: MK Land Holding Berhad menerusi anak syarikatnya, Solar Citra Sdn Bhd, semalam, meraikan pencapaian operasi komersial loji solar fotovoltaik (PV) berskala 10.95 megawatt (MW) di bawah skim projek Solar Berskala Besar 4 (LSS4) yang pertama di Perak.


Pengerusi Eksekutif MK Land Felina Mustapha Kamal berkata, projek ini sebahagian daripada kitaran keempat LSS4 yang diluluskan Suruhanjaya Tenaga dan dibangunkan dengan kerjasama Solarvest Holding Berhad, selaku kontraktor utama.


Menurutnya, pencapaian jana kuasa itu dibangunkan di kawasan Lembah Beriah di daerah Kerian.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Loji solar yang berkeluasan 40 ekar (kira-kira 16 hektar) dengan pemasangan 32,000 keping panel itu mula beroperasi secara rasmi pada 30 Mei lalu.


"Kos keseluruhan pembinaan loji solar itu adalah kira-kira RM52 juta," katanya pada sidang media.


Hadir sama, Pengarah Solar Citra Sdn Bhd, Kamarulzaman Abu Bakar; Pegawai Daerah Kerian, Mohamad Sabli Bakri; Setiausaha Majlis Daerah Kerian (MDK) Norhafisah Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali.


Projek itu bermula Disember 2021 dan siap pada 23 Mei tahun ini.


Felina berkata, susulan kejayaan MK Land membina loji solar di sini, sebuah lagi loji sama akan dibuka di Kulim berskala hampir 30 MW di tanah berkeluasan 130 ekar (kira-kira 52 hektar) dalam masa terdekat dan untuk kegunaan perindustrian.


Tambahnya lagi, MK Land tidak hanya menumpukan sepenuhnya kepada loji solar semata-mata dan masih menumpukan sepenuhnya dalam bidang hartanah.


"Hartanah tetap nombor satu di hati kami. Di Perak sahaja, kita sudah bina 9,000 unit rumah di sini Kedua, barulah solar dan ketiga adalah resort," katanya.


Sumber: Harian Metro


MK Land rai pencapaian operasi komersial loji solar PV


Comments


bottom of page