top of page

MGB dapat kontrak pembinaan RM225 juta


MGB dapat kontrak pembinaan RM225 juta Berita Harian www.bharian.com.my
MGB

KUALA LUMPUR: MGB Construction and Engineering Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MGB Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM225.03 juta daripada Akitek Akiprima Sdn Bhd yang membabitkan cadangan pembangunan sebuah projek dalam dua fasa di Selangor.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MGB berkata fasa pertama atau Tower A yang pembinaannya akan dimulakan pada 1 September 2022 meliputi sebuah bangunan 29 tingkat mengandungi 725 unit pangsapuri perkhidmatan komersial, satu blok podium letak kereta setinggi 10 tingkat, satu unit rumah kelab, satu unit gelanggang futsal, rumah pengawal keselamatan dan bilik pembuangan sampah.


Pembangunan fasa kedua atau Tower B yang akan dimulakan pada 1 November 2022 pula terdiri daripada bangunan 29 tingkat meliputi 725 unit pangsapuri perkhidmatan komersial, satu unit gelanggang takraw dan bola keranjang.


Menurutnya, kedua-dua fasa terbabit dijangka siap pada 28 Februari 2025 dan akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan serta aset bersih sesaham bagi tempoh kontrak berkenaan.


"Kontrak ini akan meningkatkan lagi nilai perolehan kontrak sedia ada syarikat dan kumpulan yang pada masa ini berjumlah kira-kira RM2.08 bilion," katanya.


Sumber: Berita Harian

留言


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page