top of page

MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok


MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok
MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok

MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok

SHAH ALAM - Syarikat pembangunan hartanah (MGB Berhad) mengumumkan anak syarikatnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan kontrak bernilai RM189.35 juta daripada Anuar Aziz Architect bagi pihak Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di Mukim Ijok, Kuala Selangor.


Kontrak tersebut terdiri daripada lima fasa unit perindustrian dan infrastruktur dan merupakan sebahagian daripada perbandaran LBS Alam Perdana yang akan merangkumi 112 unit teres industri satu tingkat kos rendah, 96 unit kilang teres dua tingkat, 116 unit kilang berkembar tiga tingkat dan infrastruktur yang terdiri daripada 13 unit pencawang elektrik, satu stesen suis utama dan sebuah kolam tadahan.


MGB yang merupakan anak syarikat LBS Bina Group Berhad akan memanfaatkan pengalaman pembinaannya yang lebih daripada 15 tahun untuk menyiapkan projek yang dijangka bermula pada 27 Mei 2024 untuk tempoh selama 18 bulan.

MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok
MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman MGB dalam pembangunan hartanah, kami teruja untuk membangun dan membina unit perindustrian di perbandaran Alam Perdana yang akan meningkatkan rekod prestasi MGB untuk projek bukan kediaman. Seterusnya, MGB akan terus meneroka pelbagai peluang di Malaysia dan peringkat antarabangsa.


“Selain itu, MGB berhasrat untuk meningkatkan pengalamannya dalam membangunkan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian secara serentak dan dalam masa yang sama mengambil bahagian dalam tender terpilih yang melibatkan projek pembangunan bercampur dan secara konsisten mendapatkan projek yang akan menggunakan kekuatan utama MGB, seperti panel konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS).


“Walaupun dengan prospek yang positif, kami optimis dan berhati-hati dalam memberikan hasil yang diinginkan bagi pemegang saham kami untuk tahun 2024,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sumber: Sinar Harian



MGB Berhad terima kontrak RM189.35 juta projek pembangunan di Ijok

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page