top of page

Meta Bright raih kontrak bernilai RM60 juta, bekal konkrit siap campur bagi projek 88 Avenue di Kota Kinabalu



KUALA LUMPUR 15 Nov - Meta Bright Group Bhd, syarikat tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia meraih kontrak bernilai RM60 juta  sebagai pembekal konkrit siap campur untuk projek pembangunan bercampur 88 Avenue di Kota Kinabalu, Sabah.


Kontrak lima tahun itu dianugerahkan kepada syarikat 70% miliknya, Expogaya Sdn Bhd, yang akan membekalkan konkrit itu kepada Megamas Jaya Sdn Bhd dan wakil perolehan dilantiknya.


Pegawai Eksekutif bahagian korporat dan pelan strategik, Derek Phang Kiew Lim berkata, kontrak tersebut mengukuhkan lagi kehadiran syarikat di pasaran konkrit dan menunjukkan kecekapan operasi Expogaya dalam menyokong pembinaan besar seperti 88 Avenue.


“Sebagai pembekal konkrit siap campuran terbesar di rantau ini, kami berbangga menyumbang kepada pertumbuhan infrastruktur yang penting untuk pengembangan ekonomi Sabah yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Meta Bright terlibat dalam pelbagai sektor, termasuk hospitaliti, pelaburan hartanah, pembangunan hartanah, tenaga, pajakan dan pembiayaan, serta industri konkrit.


Sumber: Dagang News

Opmerkingen


bottom of page