top of page

Menteri Pengangkutan akan jumpa KTM dalam masa terdekat


Menteri Pengangkutan akan jumpa KTM dalam masa terdekat Malaysia Gazette www.malaysiagazette.com
Gambar hiasan: Menteri Pengangkutan akan jumpa KTM dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan akan menemui pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam masa terdekat bagi membincangkan cara menambah baik perkhidmatan dan kekerapan tren.


Kenyataan itu dibuat Anthony Loke selepas meninjau sendiri perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan petang tadi.


Beliau menaiki tren dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan, selain meninjau situasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dekat sini.


”Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.


”Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaiktaraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Beliau juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan.



Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page