top of page

Menteri: Kejadian lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang ekoran cuaca buruk


Lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing–Gua Musang Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan

GUA MUSANG, 15 DIS: Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ekoran cuaca buruk yang berlaku ketika Monsun Timur Laut.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata cuaca buruk yang berlaku di kebanyakan negeri ketika ini terutama di Pantai Timur merupakan faktor kerosakan jalan raya di beberapa kawasan terjejas.


Beliau berkata kerosakan itu menyebabkan jalan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pembinaan lencongan sementara untuk laluan Lojing-Gua Musang susulan lubang benam akan dilaksanakan Roadcare Sdn Bhd dengan kadar segera.


“Pihak kementerian dan JKR akan melaksanakan semua tindakan segera bagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak agar mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Comments


bottom of page