top of page

MCIEA 2024 iktiraf pencapaian 70 penggiat industri pembinaan


Dari kiri: Adil Putra; Teoh Teik Thiam; Mohd Zarif; Keng Cheng; Mohd Zaid; Soon Aik; Heng Wai dan Wong Kwan Song bergambar selepas selesai sidang media Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang diadakan pada Isnin.

Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 kembali setelah empat tahun tidak diadakan, bagi mengiktiraf pencapaian pemain industri pembinaan di negara ini.


Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Sr Mohd Zaid Zakaria berkata, ia juga sebagai penghormatan kepada pemilik projek, kontraktor, perunding dan projek yang telah menunjukkan elemen kualiti, keselamatan dan kesihatan, produktiviti serta kemampanan dalam operasi.


Menurutnya, Anugerah MCIEA bukan sekadar meraikan kejayaan, bahkan ia mewakili kekuatan, semangat dan kecemerlangan tanpa henti yang memacu industri pembinaan.


“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sektor pembinaan telah berjaya mengatasi halangan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan keperluan serta melaksanakan teknologi baharu.


“Pandemik bukan sahaja memberikan impak kepada penggiat industri tetapi membuka peluang kepada mereka untuk bangkit semula dalam industri.


“Mereka bukan sahaja mendepani cabaran tersebut tetapi mampu mengubahnya menjadi kejayaan serta memberi inspirasi kepada penggiat industri untuk tahun akan datang,” katanya pada MCIEA 2024 yang diadakan di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Dato' Sr Mohd Zaid Zakaria

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Pengerusi CIDB, Ir Yusuf Abd Wahab.


Hadir sama, Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT(PDP SSP) Sdn Bhd, Adil Putra Ahmad; Pengarah Urusan Kejuruteraan Dan Pembangunan WCT Berhad, Ir Anthony Teoh Teik Thiam; Ketua Pegawai Eksekutif MASS RAPID TRANSIT Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Zarif Hashim; Pengerusi Lim Seong Capital Berhad, Tan Sri Lim Keng Cheng; Ketua Pegawai Eksekutif IAQ Solutions Sdn Bhd, Ir Tiew Soon Aik; Ketua Pegawai Eksekutif IJM Construction Sdn Bhd, Wong Heng Wai dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Sunway Construction Sdn Bhd, Richard Wong Kwan Song.


Seramai 70 penggiat industri menerima penghargaan pada majlis tersebut, dengan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Tokoh Terkemuka diberikan kepada Pengerusi Lim Seong Hai Capital Berhad, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng.


Lim yang telah terlibat selama tiga dekad dalam industri pembinaan di Malaysia akan memastikan sektor ini terus berdaya saing, berinovasi dan memenuhi tanggungjawab sosial.


IAQ Solutions Sdn Bhd membawa pulang Jurubina Terbaik Tahun Ini melalui projek Kilang Pembuatan Robert Bosch manakala Anugerah Pencapaian Antarabangsa dimenangi WCT Berhad.


Sementara itu, tiga projek terbaik menerima pengiktirafan MCIEA termasuk Menara Affin, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Pejabat Kerajaan, Parcel F, Presint 1, Putrajaya memenangi Anugerah Projek Terbaik - Bangunan (Kategori Besar).


Anugerah Projek Terbaik – Infrastruktur (Kategori Besar) pula dimenangi oleh Lembah Klang Transit Aliran Massa: Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya / Laluan 2.


MCIEA 2024 rai kejayaan projek, inovasi sektor pembinaan

Anugerah MCIEA 2024 bukan sekadar meraikan kejayaan, sebaliknya mengiktiraf setiap projek dan inovasi dilaksanakan.


Menurut Mohd Zaid Zakaria, anugerah tersebut juga meraikan keseluruhan ekosistem industri pembinaan.


Menurutnya, setiap kategori meraikan aspek industri yang berbeza sumbangan, daripada melaksanakan pecah tanah projek hingga menunjukkan standard kualiti tinggi, keselamatan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.


“Pada tahun ini, kami menganjurkan semula MCIEA dan menjemput penyertaan daripada semua projek yang telah dilengkapkan dengan keluaran CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan) dari 1 April 2019 hingga 31 Disember 2023.


“MCIEA anjuran CIDB bertujuan mengiktiraf pembinaan pencapaian penggiat industri di peringkat organisasi, projek dan individu.


“Penilaian pemilihan dan penghakiman akhir telah melalui proses yang rapi dan telus dengan beberapa pusingan semakan oleh 40 penilai. Ia kemudiannya dibentangkan kepada enam hakim dilantik khas,” katanya

Mohd Zaid (tengah) pada sidang media Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang diadakan pada Isnin.

Tambah Mohd Zaid, penerima anugerah MCIEA 2024 telah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri yang dihormati, dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.


Panel hakim yang terlibat ialah Datuk Srikandan Kanagainthiram, Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim, Datuk Ir Hashimah Hashim, Datuk Ir Dr Gue See Sew dan Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.


Sebanyak lima kategori anugerah berprestij yang dipertandingkan, iaitu Anugerah Tokoh Terkemuka, Anugerah Pembina Terbaik Ini (G7), Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Kontraktor Terbaik.


“Kami sememangnya menggalakkan penggiat industri tempatan untuk memimpin industri pembinaan melalui kecemerlangan mereka dalam pembinaan dan peningkatan piawaian industri pembinaan Malaysia menjadi sangat moden, produktif dan mampan.


“Saya melihat lebih ramai penggiat industri yang mempunyai prestasi terbaik untuk menerajui industri pembinaan dengan cemerlang baik di dalam mahupun luar negara,” tambahnya.


ANUGERAH INDIVIDU

ANUGERAH PEMAIN TERKEMUKA

Penerima: Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng

(Pengerusi, Lim Seong Hai Capital Berhad)


ANUGERAH PEMBINA TERBAIK TAHUN INI

Penerima: IAQ Solutions Sdn Bhd


ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA

Penerima: WCT Berhad


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G1

Penerima: Sinar Development


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G2

Penerima: Putek Niaga Enterprise


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G3

Penerima: Khariz Builders (M) Sdn Bhd


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G4

Penerima: AITO Firework Holding Sdn Bhd


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G4 (Penghargaan Khas)

Penerima: KENFOX Technologies Sdn Bhd


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G5

Penerima: SILARA Akses Sdn Bhd


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G5 (Penghargaan Khas)

Penerima: SQR Interior Architecture Sdn Bhd


ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK – GRED G6

Penerima: Ideation Sdn Bhd


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (BANGUNAN) – KECIL

Projek: Skyblox Setapak @ Sky Sanctuary, Setapak, Kuala Lumpur

Kontraktor: Projek Permata Jaya Sdn Bhd Klien: Skyworld Development Berhad


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (BANGUNAN) – SEDERHANA

Tiada Penerima


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (BANGUNAN) – UTAMA (PEMENANG 1)

Projek: Menara Affin, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Kontraktor: IJM Construction Sdn Bhd

Klien: Affin Bank Berhad


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (BANGUNAN) – UTAMA (PEMENANG 2)

Projek: Pejabat Kerajaan, Parcel F, Presint 1, Putrajaya Kontraktor: Sunway Construction Sdn Bhd

Klien: Putrajaya Bina Sdn Bhd


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (BANGUNAN) – KECIL (PENGHARGAAN KHAS)

Projek: Kerja-Kerja Pengukuhan dan Penambahbaikan Tembok Laut Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau Pinang

Kontraktor: Carta Indah Sdn Bhd Klien: Majlis Bandaraya Pulau Pinang


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (INFRASTRUKTUR) – SEDERHANA

Projek: Terowong dan Kerja-Kerja Berkaitan, Pakej IF2 (Jalan Galloway, Jalan Hang Tuah & Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur) Kontraktor: Cergas Murni Sdn Bhd

Klien: BBCC Development Sdn Bhd


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (INFRASTRUKTUR) – UTAMA

Projek: MRT Lembah Klang:

Laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya / Laluan 2 Kontraktor: MMC Gamuda Kvmrt (Pdp Ssp) Sdn Bhd Klien: MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd


ANUGERAH PROJEK TERBAIK (INFRASTRUKTUR) – (PENGHARGAAN KHAS)

Projek: Setiawangsa – Pantai Expressway (SPE) – DUKE Fasa 3

Kontraktor: Ekovest Berhad

Klien: Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd


Sumber: Sinar Harian

Comments


bottom of page