top of page

MBPJ tidak kena bayaran turap jalan kepada pemilik rumah


MBPJ tidak kena bayaran turap jalan kepada pemilik rumah
Gambar hiasan: Kerja-kerja penurapan jalan yang sedang dijalankan.

MBPJ tidak kena bayaran turap jalan kepada pemilik rumah

KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang caj atau bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan jalan dilaksanakan kontraktor yang dilantiknya.


MBPJ berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemakluman kepada penduduk terbabit sebelum kerja penurapan jalan dilaksanakan.


"Perkara ini jelas dinyatakan dalam notis penurapan jalan perkara 3 (3.1) yang menjelaskan penduduk dinasihatkan tidak memberi sebarang bayaran kepada pihakmengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah (house entrance) di hadapan kediamannya.


"Untuk makluman jalan masuk ke rumah (house entrance) akan diturap secara percuma oleh MBPJ," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas mengenai aduan penduduk yang mendakwa kontraktor mengenakan caj bayaran untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk rumah, MBPJ menjelaskan perkara itu membabitkan kontraktor luar dan bukan kontraktor dilantiknya.


Katanya, orang ramai diminta membuat laporan polis serta memaklumkan perkara berkaitan caj penurapan jalan kepada unit aduan MBPJ di talian bebas tol MBPJ 03-7954 2020.


"Orang ramai juga boleh melaporkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ yang meminta bayaran kerja penurapan jalan dengan menyalurkan aduan melalui emel,

aduan@mbpj.gov.my untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: Berita Harian


MBPJ tidak kena bayaran turap jalan kepada pemilik rumah


Komentar


bottom of page