top of page

‘MB Selangor gagal atasi banjir, diminta jelaskan’



KUALA LUMPUR: “Menteri Besar (MB) Selangor dikritik kerana gagal menyelesaikan masalah banjir walaupun menerima peruntukan berbillion ringgit, dan diminta membentangkan laporan kemajuan projek tebatan banjir.


”Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, beliau dikecam MB Selangor dan pasukannya kerana memperjuangkan nasib rakyat yang masih menderita akibat banjir, walaupun kerajaan negeri menerima berbilion ringgit untuk projek tebatan banjir.


“Akibat gagal menjawab persoalan saya, Menteri Besar Selangor telah menghantar Setiausaha Politiknya untuk ‘membodoh-sombongkan’ saya. 


“Tidak mengapa, saya rela dimaki oleh MB Selangor dan anak buahnya demi memperjuangkan nasib rakyat Selangor yang sudah sekian lama merana kerana masalah banjir yang tidak selesai walaupun mendapat peruntukan berbillion-billion ringgit dari Kerajaan Pusat untuk projek tebatan banjir,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.


Beliau menjelaskan bahawa sebagai respon kepada kritikan daripada pasukan Menteri Besar Selangor, beliau merujuk kepada data Malaysian Investment Development Authority (MIDA) yang menunjukkan penurunan pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan bagi separuh pertama tahun 2024.


Menurutnya lagi, penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 50.31 peratus iaitu RM7.33 billion berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu RM14.75 billion. 


“Saya juga timbulkan kemungkinan kerana sebagai seorang pelabur yang mahu membuka kilang pembuatan, sudah tentu mereka mahu melabur di negeri yang bebas dari banjir yang bakal mengganggu operasi mereka apatah lagi boleh menyebabkan kerugian kepada mereka,” kata beliau.


Sukri menyatakan bahawa Menteri Besar Selangor gagal menjelaskan mengapa masalah banjir masih berlarutan walaupun peruntukan berbilion ringgit telah diterima untuk projek tebatan banjir.


“Saya dengan ini mendesak MB Selangor untuk membentangkan ‘progress Report’ semua projek tebatan banjir yang telah, sedang dan akan dijalankan, serta bentangkan juga ‘Plan vs Actual’ bagi semua projek-projek ini. Kita mahukan ketelusan dari MB Selangor, bukan berdolak dalih,” katanya.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page