top of page

Mangsa kena kipas dapat RM1,500



LELAKI yang cedera dihempap kipas jatuh di NS Fest di Nilai semalam, tidak mengalami kecederaan serius dan sudah dibenarkan keluar wad, selepas empat jam dirawat.


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, mangsa berusia 39 tahun mendaftar keluar Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada 7.30 malam.


Katanya, pihaknya menghantar wakil untuk memantau keadaan mangsa sepanjang dirawat dan pihak kontraktor yang terbabit dengan pemasangan kipas pada acara berkenaan turut hadir.


“Mangsa menerima sembilan jahitan kerana luka di kepala dan doktor turut mengesahkan tiada keretakan atau apa-apa kecederaan serius.


“Kontraktor bertanggungjawab sudah menyampaikan sumbangan kepada mangsa bernilai RM1,500,” katanya pada sidang media selepas gimik pelancaran Roadshow Central Forest Spine (CFS) di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, hari ini.


Aminuddin berkata, selain sumbangan itu, mangsa berhak menuntut pampasan insurans daripada kontraktor terbabit dan rawatan susulannya turut ditanggung.


“Kejadian seperti ini di luar jangkaan namun, kita berharap ia tidak akan berlaku lagi di mana-mana acara,” katanya.


Sumber: Harian Metro


16 views

Comments


bottom of page