top of page

Mangsa banjir dinasihat periksa pendawaian sebelum guna elektrik



KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang kembali ke premis masing-masing selepas air surut dinasihatkan supaya memastikan pendawaian dan peralatan elektrik mereka adalah selamat sebelum menggunakannya.


Pendawaian dan peralatan elektrik yang ditenggelami banjir mungkin terjejas serta perlu dibersihkan dan diperiksa terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan hari ini menjelaskan, fius atau pemutus litar perlu dibersihkan daripada kekotoran dan diganti dengan yang baru jika perlu.

Soket alir keluar (outlet) yang ditenggelami air perlu berada dalam keadaan kering dan bersih agar selamat digunakan.


Berikut adalah beberapa panduan keselamatan elektrik untuk mangsa-mangsa banjir:

  • Sebelum menggunakan bekalan elektrik, dapatkan khidmat kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memeriksa dan menguji sistem pendawaian elektrik yang ditenggelami air.

  • Semua peralatan elektrik yang telah terendam dalam air banjir perlu dihantar ke kedai peralatan elektrik untuk pembersihan, pemeriksaan dan pembaikan semula (jika perlu).

  • Jauhi kawasan berair jika terdapat talian elektrik yang terputus di kawasan itu. Jika tersentuh dengan tangan atau alat yang boleh mengalirkan arus elektrik, terdapat risiko renjatan yang boleh mengancam nyawa.

  • Elakkan dari mendekati pepasangan TNB yang ditenggelami air seperti pencawang dan tiang elektrik.


Jika pengguna ternampak kejanggalan atau mempunyai keraguan berkaitan pepasangan TNB yang terkesan akibat banjir, sila hubungi TNB CareLine 15454 untuk tindakan lanjut.



8 views

コメント


bottom of page