top of page

Malaysia hab simpanan LPG, LNG


PELABUHAN KLANG – Malaysia akan menjadi hab penyimpanan dan pengedaran gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini dalam tempoh tiga tahun selepas dua syarikat gergasi antarabangsa bersetuju melabur di negara ini dalam sektor ber­kenaan.


Timbalan Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, bagi fasa pertama pembangunan, ­Global Petro Storage Group (GPS) yang berpangkalan di Singa­pura dan syarikat Equinor dari Norway telah bersetuju membina sebuah hab penyim­panan LPG di Pulau Indah di sini.


Katanya, pembinaan fasi­liti berkeluasan tujuh hektar dengan nilai pelaburan asing AS$100 juta (RM408.7 juta) itu akan bermula bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun yang mana ia mampu menyimpan sekitar 134,000 meter padu LPG.


“Sementara itu, bagi fasa kedua iaitu pembinaan untuk hab LNG, ia akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dengan nilai pelaburan AS$200 juta (RM817.5 juta).


“Pembangunan kedua-dua projek ini bukan saja dapat memenuhi permintaan tempatan, malah ia disasar mampu­ menjadi pusat pengedaran kepada negara sera­ntau seperti Myanmar dan Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Projek GPS Refrigerated LPG Terminal di Westports Dry Bulk2, Pulau Indah di sini semalam.


Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, dua projek tersebut telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah sekitar RM1.2 bilion yang boleh memberi keuntungan jangka panjang kepada negara.


“Dahulu tiada lokasi khusus untuk menyimpan tangki-tangki LPG ini. Cara penyim­panannya lain daripada petroleum kerana ia perlu didinginkan.


“Saya melihat projek ini sebagai sesuatu yang sofistikated kerana ia bakal dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.


“Saya juga yakin pengli­batan syarikat luar negara yang mempunyai pengalaman dalam industri ini mampu memberi kelebihan kepada pembangunan negara,” ujarnya.


Sumber: Kosmo


Comments


bottom of page