Peningkatan Kapasiti Penumpang:
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menyiapkan pembangunan fasa interim Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.
Kapasiti lapangan terbang ditingkatkan kepada 3 juta penumpang setahun berbanding 1.5 juta sebelumnya.
Operasi Syarikat Penerbangan:
Beberapa syarikat penerbangan kini beroperasi di LTSAAS, termasuk AirAsia, FireFly, Scoot Airlines, Batik Air,dan Transnusa Airlines.
Trafik udara dihadkan kepada satu penerbangan setiap jam, dengan tempoh operasi dari 6 pagi hingga 10 malam dan maksimum 15 slot penerbangan sehari.
Penambahbaikan Fasiliti:
Penambahan kemudahan:
5 kaunter Imigresen di Balai Ketibaan dan 1 kaunter tambahan di Balai Pelepasan.
2 carousel tuntutan bagasi.
10 pegawai Aviation Security (AVSEC) tambahan.
Naik taraf VIP Lounge (FBO Lounge):
Disesuaikan untuk penumpang pesawat peribadi dan perniagaan.
Penambahan parkir pesawat:
14 parkir baharu: 6 untuk jet, 6 untuk pesawat ATR, dan 2 untuk pesawat Twin Otter.
Rancangan Masa Depan Imigresen:
Jabatan Imigresen merancang untuk memasang:
1 autogate di Pintu Pelepasan.
1 autogate di Pintu Ketibaan.
Sumber: Wilayah Ku
Comments