top of page

Mah Sing ambil peluang projek HSR di Johor


Mah Sing ambil peluang projek HSR di Johor
Mah Sing ambil peluang projek HSR di Johor

Mah Sing ambil peluang projek HSR di Johor

KUALA LUMPUR: Langkah Mah Sing Group Bhd membeli tanah seluas 30.63 hektar di Mukim Pulai, Johor Bahru pada Jun lalu untuk cadangan projek pembangunan kediaman bertanah M Tiara, adalah tepat pada masanya dengan rancangan pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).


Penganalisis KAF Equities Sdn Bhd, Nabil Zainoodin, berkata walaupun projek itu masih dalam peringkat konsep, ia boleh memberi manfaat kepada pembangunan dalam jangka panjang jika rancangan itu menjadi kenyataan.


"Dalam jangka terdekat M Tiara masih boleh mendapat manfaat daripada RTS Link, yang akan mula beroperasi pada penghujung 2026. Stesen RTS di Bukit Chagar di Johor Bahru terletak kira-kira 28 kilometer (km) atau 30 minit memandu dari tapak cadangan M Tiara," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Dalam pada itu, beliau berkata, pihak pengurusan Mah Sing menjangkakan produk terbaharu siri M boleh mencatatkan margin keuntungan sebelum cukai (PBT) yang sihat antara 15 peratus dan 18 peratus, di sebalik penurunan harga bahan binaan.


Katanya, pihak pengurusan juga percaya Mah Sing mempunyai kuasa penetapan harga walaupun menghadapi cabaran situasi pasaran hasil penjenamaan yang kukuh dan rekod prestasi yang terbukti.


"Kumpulan ini mendapat sokongan padu daripada bank untuk membiayai pembeli, yang penting bagi penukaran pantas daripada tempahan kepada kontrak jualan.


"Didokong oleh kunci kira-kira yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kumpulan ini mempunyai trek rekod yang baik dalam membuat pembayaran segera kepada kontraktor.


"Penggearan (nisbah hutang) bersihnya berada pada 0.3 kali, manakala tunai dan yang setara dengannya berjumlah RM901 juta pada Jun 2023.


Memandangkan penganugerahan projek berterusan disokong oleh pembelian tanah yang agresif, kontraktor bersedia untuk menawarkan harga yang kompetitif dalam bidaan pembinaan mereka, dengan harapan untuk mewujudkan hubungan jangka panjang dengan kumpulan," katanya.


"Memandangkan jumlah kemajuan pembinaan dan penyiapan hartanah yang ketara baru-baru ini, kami yakin kumpulan itu boleh mencatat prestasi yang sama untuk suku kedua 2023 dan dengan itu, berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan minimum sebanyak RM2.2 bilion tahun ini," katanya.


Sumber: Berita Harian


Mah Sing ambil peluang projek HSR di Johor


Kommentare


bottom of page