top of page

Lubang benam di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer


Lubang benam di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer
Petugas JKR membuat pemeriksaan dan kawalan di lokasi lubang benam yang berlaku di MRR2 arah ke Ampang, pagi tadi. Gambar kecil, lubang benam atau 'sinkhole' yang dilaporkan berlaku di MRR2 berhampiran Stesen Minyak Shell Hulu Kelang pagi tadi. - Foto ihsan JKR

Lubang benam di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer

KUALA LUMPUR: Pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Ampang, Selangor dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan berlaku 'sinkhole' (lubang benam) di Seksyen 21.30 jalan berkenaan.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi tadi menyebabkan lorong kedua laluan di lokasi kejadian terpaksa ditutup daripada kenderaan untuk kerja pembaikan.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan, hari ini berkata lokasi kejadian lubang benam itu berhampiran Stesen Minyak Shell Hulu Kelang dan laluan yang ditutup sepanjang 10 meter.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh kira-kira dua kilometer dan kesesakan dijangka akan terus meningkat.


"Justeru, pengguna jalan raya yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)," katanya.


Menurut JKR Gombak, kejadian lubang benam itu didapati berpunca daripada penutup 'slab crossing culvert' yang patah.


Katanya, petugas kini sedang mengawal trafik di lokasi kejadian dan kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di tapak.


Sumber: Berita Harian


Lubang benam di tengah jalan, MRR2 ke Ampang sesak 2 kilometer


Opmerkingen


bottom of page