top of page

Lidam gesa URDA segerakan pembinaan dua jalan di Katibas


Lidam gesa URDA segerakan pembinaan dua jalan di Katibas

Lidam gesa URDA segerakan pembinaan dua jalan di Katibas

KUCHING: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) digesa menyegerakan pembinaan jalan Banjor Makut dan mengkaji semula pembinaan jalan Makut ke Ng Lian di Katibas. 


Lidam Assan (GPS-Katibas) berkata, kedua-dua projek itu telah lama tertangguh dan sehingga kini orang ramai masih menunggu. 


"Saya juga menyeru pengurusan URDA dan pasukan projek untuk mengkaji semula projek jalan Makut hingga Ng Lian. 


"Pemerhatian saya, laluan ini tidak siap kerana jajarannya terlalu dekat dengan sungai Katibas. 


"Kelewatan projek ini juga menyebabkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi tidak dapat memasang paip air dan kabel elektrik," katanya. 


Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. 


Terdahulu, Lidam berkata pelaburan dalam infrastruktur jalan raya adalah pelaburan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kehidupan penduduk luar bandar. 


Ia katanya, memupuk aktiviti ekonomi, penciptaan pekerjaan dan pembangunan masyarakat secara keseluruhan. 


Lidam turut berterima kasih kepada Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak atas peruntukan dan pembinaan jalan raya terpanjang di Sungai Tekalit, Engkuah hingga Ulu Katibas. 


Beliau turut berharap MIPD mempercepatkan pembinaan Jalan Rh Jabat/Ng Lian yang telah lama tertangguh ke Ng Engkuah, Sungai Katibas dan persimpangan jambatan di Rh Jamba, Sungai Iran.



Lidam gesa URDA segerakan pembinaan dua jalan di Katibas

Comments


bottom of page