PETALING JAYA: Lazimnya, kesesakan lalu lintas sering berlaku di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), namun kini situasi itu ‘merebak’ hingga ke Maju Expressway (Mex) atau dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya.
Menerusi perkongsian yang diciap seorang pengguna laman sosial Twitter, hazleeseruji memaparkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di lebuh raya terbabit awal pagi ini.
Perkongsian itu mendapat respons netizen yang rata-ratanya meluahkan perasaan tidak senang dengan kejadian tersebut.
“Apa? Mex pun dah sesak? Dulu Mex lah tempat lari nak elak daripada sesak,” komen anwarrrrahmad.
“Pukul 6 pagi, kereta sudah mula banyak masuk Mex menghala ke Kuala Lumpur. Siapa yang keluar lambat jam 8 hingga 9 pagi tu memang bertabah la,” ciap Twt_Cyberjaya.
“Semua nak elak sesak di lebuh raya lain dan mereka gunakan Mex. Lagi bertambah sesak,” kata ducatiSya.
Sumber: Utusan
Comments