top of page

Laporan EIA projek tambakan laut PSI masih belum lulus


projek tambakan laut Penang South Island (PSI)
Nik Nazmi ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama AAA

projek tambakan laut Penang South Island (PSI)

KUALA LUMPUR - Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambakan laut Penang South Island (PSI) masih belum diluluskan setakat ini dan dalam proses penilaian Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang isu berbangkit atau penemuan yang dikenal pasti semasa menilai laporan EIA itu, akan dikemukakan kepada penggerak projek serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang sebagai pihak berkuasa melulus projek itu.


"Pihak pemaju juga perlu menyediakan Environmental Management Plan dan mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dinyatakan dalam laporan EIA sekiranya projek ini diluluskan bagi memastikan kesan dan akibat sesebuah projek dapat diatasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang bertanyakan sama ada kementerian berhasrat untuk membatalkan projek tambakan laut PSI yang telah gagal memenuhi garis panduan EIA dan kesan serta akibat jika projek itu diteruskan.


Nik Nazmi menjelaskan, projek tersebut telah melalui proses yang komprehensif dari segi laporan EIA yang diluluskan pada 25 Jun 2019, namun berlaku rayuan sehingga EIA tersebut dibatalkan sebelum laporan EIA baharu dikemukakan pada 29 April 2022.


"Pihak kerajaan negeri juga telah memberikan laporan serta membuat pindaan sebanyak tiga kali semakan semula. Secara keseluruhan, sejumlah lima laporan EIA telah dikemukakan kepada JAS,” katanya


Projek PSI merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas, namun ia mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di Pulau Pinang kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut di perairan itu.


Sumber: Sinar Harian


21 views

Comentários


bottom of page