top of page

Langkah atasi kesesakan Seremban – Kuala Pilah giat dilaksanakan



SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat melaksanakan beberapa projek bagi mengatasi kesesakan lalu lintas melibatkan Jalan Seremban – Kuala Pilah.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, antara langkah yang dilaksanakan adalah membina jalan daripada Seri Menanti ke Ulu Sepri, Rembau.


“Tarikh dijangka siap projek ini adalah pada 12 Julai 2026 dengan menelan belanja sebanyak RM106.8 juta.


“Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membina jalan penghubung antara Kampung Guntur ke Langkap yang dijangka siap pada 21 Mei 2027.


“Kedua-dua projek ini sedang giat dilaksanakan walaupun terdapat beberapa isu teknikal di tapak yang menyebabkan perjalan projek ini menjadi lewat.


Dijangka kerja-kerja fizikal bagi kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah dan EIA selesai,” kata Aminuddin.


Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi dalam sesi soal jawab Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Yang ke-15 pada hari keempat.


Sumber: Negeri Kita

Comments


bottom of page