ISKANDAR PUTERI: Laluan sepanjang 25 meter di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas (PTP) di sini dilaporkan mendap petang tadi dan ditutup sementara kepada semua jenis laluan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd Noh, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.09 petang tadi.
"Tujuh anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.
"Anggota membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini
Sementara itu, pihak pengurusan Forest City akan melakukan siasatan penuh berhubung kejadian tanah mendap terbabit.
Mereka juga akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang tadi dan sebaik dimaklumkan, Forest City menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.
"Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sumber: Berita Harian & Utusan
Laluan 25 meter mendap di Forest City
Comentários