top of page

KPKT salur RM33.6 juta bantu DBKL tukar 56 lif PPR


KPKT salur RM33.6 juta bantu DBKL tukar 56 lif PPR
Gambar hiasan

KPKT salur RM33.6 juta bantu DBKL tukar 56 lif PPR

PUCHONG: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM33.6 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan penyelenggaraan dan penggantian lif bagi lima kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.


PPR yang terbabit adalah PPR Bukit Jalil, Perumahan Awam Desa Rejang, Perumahan Awam Seri Pangkor 1, Perumahan Seri Pangkor 2 dan Perumahan Awam Seri Seri Terengganu.


KPKT memperuntukan yang disalurkan itu bagi membantu penggantian 56 lif membabitkan 19 blok perumahan berkenaan.


"Kerja-kerja itu akan dimulakan DBKL tahun ini dan dijangka akan siap secara berperingkat sehingga tahun hadapan.


Penyelenggaraan dan penggantian lif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 9,274 keluarga penghuni PPR tersebut.


Sekiranya DBKL menunjukkan prestasi yang baik dalam kerja menggantikan lif berkenan, peruntukkan pada tahun hadapan akan ditambah lagi.


Sebanyak RM3.28 juta telah diperuntukkan kepada DBKL untuk menggantikan lif enam lif ini. Penggantian dan penyelenggaraan ini juga adalah keperluan yang ditunggu penghuni PPR ini kerana lif yang sedia ada sudah berusia 19 tahun.


KPKT menerusi agensi, URBANICE Malaysia, turut mentransformasikan ruang komuniti di Blok B di PPR Seri Malaysia.


Ruang Komuniti ini berkonsepkan 'Social Integration at Common Space' yang diharapkan dapat mencetuskan aktiviti sosial yang baik dan dapat membina hubungan komuniti yang sihat dan kukuh.


Blok A juga akan mendapat kemudahan yang sama dan saya akan melakukan lawatan mengejut selepas ia siap. Saya tidak mahu ruang ini dijadikan tempat meletakkan motosikal.


Penduduk juga perlu menjaga kebersihan supaya virus seperti chikungunya, demam denggi dan zika tidak akan merebak.


KPKT menyasar bermula pada tahun ini, 100 lif di kawasan PPR dapat digantikan.


Dalam masa lima tahun kami sasarkan 500 lif untuk digantikan di semua kawasan PPR kos rendah dan sederhana.


Dijangka 750,000 penduduk akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.


Sumber: Berita Harian


KPKT salur RM33.6 juta bantu DBKL tukar 56 lif PPR

תגובות


bottom of page