top of page

KPKT peruntuk RM211.4 juta bagi Program Sentuhan Kasih di Pulau Pinang


KPKT peruntuk RM211.4 juta bagi Program Sentuhan Kasih di Pulau Pinang
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

KPKT peruntuk RM211.4 juta bagi Program Sentuhan Kasih di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini memperuntukkan sebanyak RM211.4 juta kepada Pulau Pinang menerusi 'Program Sentuhan Kasih KPKT' bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR), projek penyelenggaraan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandar Raya.


Menterinya berkata, di bawah pentadbiran kerajaan MADANI, tiada negeri akan dianaktirikan dan kementerian itu akan sentiasa berkhidmat untuk membela nasib semua rakyat.


Jumlah berkenaan adalah peruntukan paling besar pernah diberi kepada Pulau Pinang yang akan membabitkan 41 projek di bahagian pulau dan Seberang Perai.


"Kerajaan Malaysia MADANI akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan, akan dilaksanakan dengan secara berkesan."


Daripada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebanyak RM200 juta akan disalurkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan PPR manakala RM9.62 juta bagi penyelenggaraan di bawah tabung Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM).


"Sebelum ini, Pulau Pinang hanya dapat empat projek PPR dengan jumlah hanya 999 unit tetapi kini kita memperuntukkan jumlah RM200 juta untuk bina tambahan 1,000 unit di bahagian pulau dan Seberang Perai, demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.


Kos pembinaan satu unit rumah PPR dianggarkan bernilai RM250,000 tetapi kerajaan hanya menjual kepada rakyat pada harga RM45,000 seunit, subsidi sebanyak lebih RM200,000 satu unit.


Lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah PPR adalah di daerah timur laut di bahagian pulau dan Seberang Perai Utara.


Memandangkan peruntukan sudah ada, semua pelan projek akan dimohon melalui Majlis Bandaraya untuk kelulusan sebelum pembinaan dapat dilakukan di lokasi tersebut.


"Projek PPR akan diberi keutamaan oleh pihak Majlis Bandaraya dan berharap kelulusan akan diterima pada hujung tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan," katanya.


Sumber: Berita Harian


KPKT peruntuk RM211.4 juta bagi Program Sentuhan Kasih di Pulau Pinang

コメント


bottom of page