SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sidang media pada 9 Mei 2023 bagi memaklumkan status terkini projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai menerusi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sidang media tersebut bagi merumuskan laporan suku tahunan pertama tahun ini bagi ‘task Force’ Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai.
“Saya juga akan mengumumkan beberapa projek perumahan PR1MA yang berjaya dilancarkan dan dikeluarkan daripada senarai projek sakit.
“Ada antaranya merupakan projek yang saya bangkitkan sewaktu menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru pada penggal yang lepas dan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dahulu, kini telah dilancarkan,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Tambah beliau, semasa sidang Parlimen yang lepas KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 10 projek sakit PR1MA akan dipulihkan pada tahun ini berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 20 projek.
“Insya ALLAH, kita terus sedaya upaya membela dan membantu pembeli rumah ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Commentaires