top of page

Kos, reka bentuk jambatan kedua Muhibbah dimuktamadkan bulan depan


Gambar hiasan (Sumber: Berita Harian)

NARATHIWAT: Kos dan reka bentuk jambatan kedua merentasi Sungai Golok-Rantau Panjang akan memuktamadkan pada 16 Disember depan.


Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata projek berkenaan akan bermula sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan.


Katanya, draf berkenaan projek pembinaan jambatan baharu itu akan diputuskan pada 22 November ini sebelum projek itu dilaksanakan pada April tahun depan.


“Projek jambatan itu adalah kerjasama antara Malaysia dan Thailand. Draf projek itu sudah hampir siap tetapi ianya belum dimuktamadkan lagi.


“Segala aspek termasuk kos dan reka bentuk jambatan kedua itu akan Sungai dimuktamadkan pada 16 Disember ini.


“Pada hari berkenaan, surat penerimaan projek itu akan ditandatangani dengan pihak kontraktor,” katanya ketika ditemui di sini.


Trakul berkata, apabila jambatan itu siap, dua jata negara bagi Thailand dan Malaysia akan dipasang melambangkan kolaborasi kedua-dua negara.


Katanya lagi, projek jambatan itu jangka siap dalam tempoh dua tahun iaitu pada April 2027.


Ditanya berhubung pemindahan penduduk, beliau berkata seramai 12 penduduk dijangka dipindah ke kawasan berdekatan.


“Mereka yang terdiri dari tiga keluarga, akan dipindahkan ke ‘rumah selamat’ sebelum projek itu bermula,” katanya.


Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Rantau Panjang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Thailand semasa melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin (CIQ), Sungai Golok, Thailand pada Ogos lalu.


Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada bulan lalu berkata, pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor ke Tumpat membabitkan kos lebih RM50 juta menerusi peruntukan hampir RM1 bilion.


Sumber: Buletin TV3

ความคิดเห็น


bottom of page