Kontraktor digesa lebih komited
- Ridhwanisme
- Mar 17, 2023
- 1 min read

SIMUNJAN: Pihak kontraktor yang bakal dipilih untuk melaksanakan projek khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Simunjan dinasihatkan agar lebih komited.
Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata, ia penting bagi memastikan setiap projek yang diamanah untuk dilaksanakan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
“Kita tidak mahu timbul sebarang masalah berlaku terhadap pelaksanaan projek yang memberi impak lain secara keseluruhannya.
“Ingin saya ingatkan kepada kontraktor yang bakal terpilih agar dapat melaksanakan projek yang telah diamanahkan dengan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan,” ujar beliau.
Semalam, pegawai dari pelbagai agensi kerajaan mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Simunjan.
Beliau mengakui tidak pernah berlaku atau timbul sebarang masalah kelewatan atau sebaliknya membabitkan semua projek yang dilaksana dkani kawasan Dewan Undangan Negeri terbabit setakat ini.
Menurutnya, sebanyak 27 projek yang akan dilaksanakan di kawasannya dan 19 daripadanya merupakan projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan dan Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Samarahan.
Beliau menjelaskan, peruntukan untuk kesemua projek RTP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri berjumlah RM3.67 juta.
Sumber: Sarawak Voice
Comments