top of page

Kontraktor diarah lakukan siasatan menyeluruh insiden projek LRT3


Anggota bomba dan penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan perancah pembinaan laluan LRT3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi Klang hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah mengarahkan kontraktor turnkeynya, MRCB George Kent Sdn Bhd, untuk menjalankan siasatan menyeluruh susulan insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini.


Prasarana dalam kenyataan hari ini, berkata punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan kontraktor dikehendaki menyediakan laporan terperinci serta langkah mitigasi bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa depan.


"Kami percaya keselamatan adalah paling utama dan ia memerlukan perhatian dan komitmen menyeluruh daripada semua pihak yang terbabit untuk memastikan keselamatan tapak kerja secara keseluruhan adalah terjamin dan kami mematuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.


"Prasarana akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk untuk segera menjalankan siasatan kami sendiri mengenai perkara itu serta menghulurkan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan menyeluruh dan bebas dapat dijalankan.

Lokasi runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi Klang hari ini. - Foto BERNAMA

Kenderaan polis membawa mayat mangsa. - NSTP/Faiz Anuar

Prasarana dalam kenyataan hari ini, berkata punca kejadian masih belum dapat dipastikan. - NSTP/Faiz Anuar

"Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mereka yang terjejas dan takziah kepada keluarga si mati. Kami berdoa mereka yang mengalami kecederaan akan cepat sembuh dan akan memastikan kesejahteraan mereka dan keluarga mereka diutamakan," menurut kenyataan itu.


Dalam kejadian petang tadi, seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala empat lelaki berusia lingkungan 30-an cedera ringan selepas perancah besi itu runtuh di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang. - BERNAMA

Kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 di Klang. - NSTP/Faiz Anuar

Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan terperinci serta langkah mitigasi bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa depan. - NSTP/Faiz Anuar

Sumber: Berita Harian

Commentaires


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page