top of page

Konsortium Sunway-PECC2 dapat kontrak bina loji Toyo Ventures


Konsortium Sunway-PECC2 dapat kontrak bina loji Toyo Ventures Berita Harian www.bharian.com.my
Toyo Ventures Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Toyo Ventures Holdings Bhd, Toyo Ink Group Bhd dan Song Hau 2 Power Company Ltd memeterai perjanjian kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) interim dengan Sunway-PECC2 Consortium berkaitan projek loji jana kuasa haba Song Hau 2 di Vietnam.


Sunway-PECC2 adalah konsortium tidak diperbadankan terdiri daripada Sunway Construction Sdn Bhd dan Power Engineering Consulting Joint Stock Company 2 (PECC2), manakala Song Hau 2 Power Company adalah anak syarikat Toyo Ink.


"Harga kontrak bernilai kira-kira AS$2.2 bilion. Perjanjian EPC interim ini akan ditamatkan sekiranya Kontrak EPC tidak dilaksanakan oleh pihak-pihak dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan perjanjian EPC interim," kata Toyo Ventures.


Menurut syarikat itu, perjanjian berkenaan menggariskan rangka kerja rundingan dan perbincangan bagi pihak terbabit untuk menyediakan terma dan syarat terperinci bagi reka bentuk, kejuruteraan, pemerolehan, pembuatan, pembekalan, pembinaan, pembangunan, pengujian dan pengoperasian loji penjanaan elektrik berkuasa arang batu dengan kapasiti 2,120 megawatt bagi projek loji jana kuasa haba itu.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page