top of page

Komited bangunkan landasan kereta api - Menteri


An aerial view of the ECRL construction site in Dungun, Terengganu July 25, 2019. ― Picture by Hari Anggara

SERENDAH: Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada projek pembangunan landasan dan mengoptimumkan penggunaan landasan kereta api, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negara serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor itu.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberikannya mandat untuk memberi komitmen berterusan terhadap projek infrastruktur membabitkan kos yang lebih rendah tanpa berkompromi ke atas kualiti projek.


“Kita mahu memperkasa sektor pengangkutan awam, khususnya industri landasan, dan ini termasuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan kereta api berkembar elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2),” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran KVDT2 di sini, hari ini.


Loke berkata, jajaran KVDT penting DAM berperanan sebagai nadi utama menghubungkan trafik kereta api dari utara ke selatan.


Katanya, ia memastikan pergerakan lancar bagi laluan kereta api kargo dari Pantai Barat dan Pantai Timur ke Pelabuhan Klang dan sebaliknya, serta satu-satunya jajaran kereta api ke Pelabuhan Klang.


Bagaimanapun, beliau berkata, landasan di jajaran KVDT sudah terlalu usang sehingga tidak berdaya maju dari segi ekonomi untuk diselenggara dan perlu dinaiktaraf segera. – BERNAMA



40 views

Comments


bottom of page