PONTIAN, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya (KKR) mengunjurkan perbelanjaan di sektor pembinaan sebanyak RM200 bilion yang akan merangkumi sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan pihak swasta, tahun depan.
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata unjuran berkenaan termasuk projek pembinaan jalan, lebuh raya, jambatan, membaiki cerun dan bangunan, penyelenggaraan pelbagai kemudahan serta menyambung projek sedia ada.
Daripada jumlah itu RM88 bilion adalah bajet daripada kerajaan manakala anggaran RM32 bilion bagi projek yang dilaksanakan oleh GLC dan GLIC serta RM80 bilion pula daripada sektor swasta.
Tahun depan akan menyaksikan pembangunan negara yang fokus kepada kepentingan rakyat dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan projek yang memberikan manfaat termasuk membantu keperluan rakyat di kawasan pedalaman.
Dengan unjuran perbelanjaan yang besar itu, negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi mengurangkan penggantungan kepada pekerja asing.
Sumber: Bernama
Comentarios