
1. Pelantikan Kontraktor Untuk Enam Projek Naik Taraf
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melantik enam kontraktor menerusi Surat Setuju Terima (SST) bagi pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur.
Pegawai Penguasa Projek terdiri daripada:
Pengarah Pembinaan JKR.
Pasukan Projek Khas JKR.
Empat Jurutera Daerah yang dilantik melalui Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek.
Pelantikan ini membuktikan komitmen KKR dalam memastikan infrastruktur jalan yang berkualiti, selamat, dan selesa kepada rakyat.
2. Projek Di Bawah Kementerian Kerja Raya (KKR)
Empat projek utama dengan kos keseluruhan RM156.51 juta:
Tiga projek penggantian jambatan untuk meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.
Satu projek naik taraf jalan di lima lokasi banjir serta kerja membaiki selekoh berbahaya.
3. Projek Di Bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Dua projek utama dengan kos keseluruhan RM17.95 juta.
4. Senarai Projek Infrastruktur Yang Diumumkan
Projek menaik taraf Jalan Kota Tinggi – Mersing (FT003), Johor.
Projek menggantikan pembetung kepada jambatan di Jalan Paya Kemunting – Bukit Kayu Hitam (FT001), Kedah.
Projek mengganti jambatan di Jalan Perwira Jaya – Selancar (FT2490), Rompin, Pahang.
Projek mengganti Jambatan Gantung di Kampung Rekoh, Rompin, Pahang.
Projek membina Jambatan Konkrit di Kawasan Eco Rimba Kenong, Mukim Cheka 2, Pahang.
Projek mengganti jambatan FT1292 di Seksyen 2.90, Jelebu, Negeri Sembilan.
댓글