top of page

KKR kenakan syarat ketat bagi pembangunan infrastruktur demi keselamatan utiliti bawah tanah, mewajibkan pelaksanaan Utility Detection and Mapping (UDM)



  1. Pelaksanaan Utility Detection and Mapping (UDM) Diwajibkan

    1. KKR mewajibkan UDM sebagai skop kerja awal sebelum pembinaan bermula.

    2. Tujuan utama: elak gangguan terhadap paip gas, kabel elektrik dan saluran air bawah tanah.

    3. UDM penting untuk reka bentuk cadangan yang lebih selamat dan praktikal.


  2. Keperluan Ruang Rezab Aset Utiliti di Laluan Baharu

    • KKR mensyaratkan penyediaan zon rezab utiliti di penghujung Right-of-Way (ROW).

    • Penting untuk elak konflik dan gangguan semasa dan selepas pembinaan.


  3. Sesi Libat Urus Bersama Pemilik Utiliti & Pihak Berkepentingan

    • Dijalankan sejak peringkat awal: project brief, value assessment, value engineering.

    • Terlibat: syarikat bekalan air, elektrik, gas, komunikasi dan pembetungan.

    • Pengalaman menunjukkan koordinasi awal ini kurangkan kos pengalihan dan risiko kelewatan.


  4. Pengukuhan Dokumen Rujukan dan Panduan Pematuhan

    • Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti Di Jalan Persekutuan 2022 sebagai panduan rasmi.

    • Garis panduan ini penting untuk pemaju & kontraktor menjaga keselamatan aset jalan dan utiliti.


  5. Penyelarasan Utiliti Sebagai Agenda Tetap Mesyuarat Tapak

    • Penyelarasan utiliti dibincangkan dalam Mesyuarat Pra-Pembinaan & Mesyuarat Tapak secara berkala.

    • Pengalaman saya menunjukkan mesyuarat tetap ini sangat penting bagi elakkan konflik semasa kerja binaan.


  6. Tekanan terhadap Pengurusan Risiko dan Keselamatan Trafik

    • KKR tekankan pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Trafik dari awal projek.

    • Perlu patuh kepada garis panduan agensi seperti ICU JPM, SPAN & ST.


  7. As-built drawing dan Penandaan Tapak Diwajibkan

    • Semua pemilik utiliti perlu serah as-built drawing dan tandakan utiliti di tapak secara fizikal selepas siap.

    • Ini penting bagi rujukan masa depan dan elakkan kerosakan semasa projek lain dijalankan.


  8. Penerapan Teknologi GIS & Sistem Pengesanan Bawah Tanah

    • Teknologi GIS dan sistem pengesanan bantu tingkatkan ketepatan data utiliti bawah tanah.

    • Berdasarkan pengalaman saya, ini boleh kurangkan kejadian paip pecah dan gangguan bekalan.


  9. Penguatkuasaan oleh PBT & JUPEM untuk Penyelaras Maklumat Utiliti

    • Perlu kerjasama erat antara pihak berkuasa dan pemaju dalam memastikan data utiliti sentiasa dikemas kini.


  10. S-Plan & SHO Wajib untuk Projek Melebihi RM20 Juta

    • Pelan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (S-Plan) diwajibkan.

    • Kehadiran SHO penting untuk pastikan pematuhan Akta Keselamatan semasa pembinaan dijalankan.


Commenti


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page