
1. Perkembangan Pelaksanaan MLFF
KKR akan mendapatkan hala tuju baharu daripada Kabinet selepas Perjanjian Pelantikan dengan KJS-SEP JV tamat pada 16 Disember 2024.
Rundingan antara kerajaan, 33 syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat pencadang gagal mencapai persetujuan dalam tempoh tiga tahun.
Hanya 20 syarikat konsesi bersetuju, manakala 13 syarikat tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan MLFF.
2. Komitmen KKR untuk Melaksanakan MLFF
KKR tetap komited memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya dengan meneruskan MLFF.
MLFF selaras dengan pelan pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar Negara (ITS).
3. Manfaat MLFF kepada Pengguna
Sistem pembayaran tol tanpa henti, mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Transaksi lebih cepat, efisien dan anti monopoli, serta mengurangkan pelepasan karbon akibat kesesakan trafik.
Teknologi ini telah digunakan di negara seperti AS, Australia, Austria dan Thailand.
Sumber: Wilayah Ku
Komentar