top of page

KKDW, Sarawak komited bangunkan projek luar bandar


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Sarawak komited meneruskan pembangunan desa dan pedalaman demi keselesaan rakyat setempat.


Untuk tahun ini, sebanyak RM713,163,470 diperuntukan di bawah pembangunan RP 4 RMKE-12 dengan 292 projek termasuk 70 projek baharu dan 222 lagi projek sambungan.


Sehingga 21 Oktober lalu, sebanyak 195 projek dalam pra pelaksanaan, projek dalam pelaksanaan 69 dan pasca pelaksanaan sebanyak 26 projek.


KKDW telah menganjurkan sesi taklimat pelaksanaan projek pembangunan, untuk mendapatkan gambaran terkini tenting prestasi pelaksanaan projek pembangunan seperti projek Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).


Badan agensi pelaksana yang memberi taklimat adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dan Bahagian Teknikal serta KKDW.


Dalam taklimat tersebut KKDW turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sarawak atas pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dan Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)182 selaras dengan hasrat dan semangat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).


Penarafan ini diharap dapat meneruskan penyeliaan projek prasarana khususnya di luar bandar menjadi lebih berkesan.


Comments


bottom of page