top of page

Kerosakan benteng projek PLSB Sungai Golok makin serius


Kerosakan benteng projek PLSB Sungai Golok makin serius
Foto dirakamkan pada 28 Disember 2023 menunjukkan limpahan air Sungai Golok ke 10 kampung di jajahan Tumpat susulan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang pecah akibat arus deras. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


Kerosakan benteng projek PLSB Sungai Golok makin serius

KOTA BHARU: Kerosakan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang yang pecah selepas gelombang ketiga banjir kini semakin panjang sehingga 100 meter (m).


Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah, berkata ia semakin teruk berbanding hanya 20m sebelum ini.


"Kita sudah turun ke lapangan melihat keadaan benteng yang pecah dan mendapati kerosakan semakin panjang sehingga 100m.


"Setakat ini kita kenal pasti dua lokasi benteng yang pecah iaitu di Kampung Lachang membabitkan 100m dan berdekatan pos Pas Pasukan Gerakan Am (PGA) Pok Teh Kana iaitu 10m," katanya ketika dihubungi.


Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM6 juta bagi membina alur limpah di Projek PLSB Sungai Golok.


Perdana Menteri berkata, pembinaan alur limpah itu akan dibuat di tiga lokasi di kawasan projek berkenaan termasuk kawasan benteng yang pecah.


Mengulas lanjut, Marinamarican berkata pihaknya kini dalam proses untuk melantik kontraktor bagi pembinaan tiga alur limpah berkenaan.


"Pembinaan tiga alur limpah itu dijangka mengambil masa selama enam bulan dan dengan adanya tambahan tiga alur limpah itu, ia mampu mengurangkan kesan banjir terutama di Rantau Panjang," katanya.


Ditanya sama ada kejadian benteng pecah ada unsur khianat, Marinamarican menafikan perkara itu sebaliknya memaklumkan Sungai Golok yang tinggi iaitu 11.03m menyebabkan tebing berkenaan pecah.


"Kena faham tebing projek PLSB Sungai Golok adalah 10m sedangkan air Sungai Golok ketika banjir adalah 11.03m dan melebihi tebing PLSB.


"Itu menyebabkan tebing pecah dan ketika itu air dari sebelah Thailand turut menyumbang kepada peningkatan Sungai Golok," katanya.



Kerosakan benteng projek PLSB Sungai Golok makin serius

תגובות


bottom of page