top of page

Kerjasama TNB, CMSB pasang tenaga solar jimatkan kos RM72 juta


Kerjasama TNB, CMSB pasang tenaga solar jimatkan kos RM72 juta
Central Medicare Sdn Bhd (CMSB)

Kerjasama TNB, CMSB pasang tenaga solar jimatkan kos RM72 juta

KERJASAMA Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan Central Medicare Sdn Bhd (CMSB) untuk memperkenalkan tenaga solar di tapak kilang dan asrama milik CMSB di Teluk Intan, Perak, dijangka membantu pembuat sarung tangan itu mengurangkan kos sehingga RM72 juta dalam tempoh 25 tahun.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, pelaksanaan inisiatif teknologi hijau itu adalah sejajar dengan dedikasi pengeluar kuasa itu terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain bertujuan meningkatkan kesan positif kemajuan mesra alam di samping mempromosikan kesejahteraan sejagat.


"Majlis pemeteraian itu melambangkan komitmen kukuh semua pihak untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama: mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 melalui amalan mampan dalam ekosistem perniagaan dan komuniti kita," katanya.


Pemasangan akan disiapkan menerusi dua fasa dengan yang pertama menjelang akhir September 2023 dan yang kedua pada akhir Jun 2024.


"Selepas selesai pemasangan, solar atas bumbung boleh menyediakan 8,163 megawatt jam tenaga solar setahun. Ini bersamaan dengan lebih 5,000 tan ofset karbon dioksida setiap tahun, bersamaan dengan lebih 58,000 anak pokok yang ditanam selama 10 tahun," katanya.


Setakat ini, GSPARX telah memperoleh 414 projek dengan organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, menjana kapasiti solar sebanyak 279.2 MWp.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HARPS Global Pte Ltd, Haziq Zairel Oh berkata dengan jumlah kapasiti 6.039 megawatt puncak (MWp), sistem solar fotovoltaik bahagian atas bumbung boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 5,215 tan setahun.


Sumber: Harian Metro


Kerjasama TNB, CMSB pasang tenaga solar jimatkan kos RM72 juta


Comments


bottom of page