PASIR GUDANG: Kerja menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang akan disambung tahun ini dengan kos RM78 juta.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata projek itu membabitkan jalan dari simpang Bandar Seri Alam dan Taman Rinting ke Pasir Gudang yang dengan jarak 5.5 kilometer.
Katanya, jalan itu akan dilebarkan daripada empat lorong kepada enam lorong kedua-dua hala.
"Tempoh masa kerja hingga Oktober 2025, iaitu 36 bulan menerusi dana kerajaan Persekutuan sebanyak RM78 juta.
"Ini berita gembira yang dimaklumkan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Fazli Mohd Salleh, semalam.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi perhatian kepada keadaan Lebuh Raya Pasir Gudang," katanya.
Sebelum ini, pengguna jalan itu berdepan masalah banjir kilat, jalan berlubang dan mengakibatkan kemalangan.
Sumber: Berita Harian
Comentários