top of page

Kerajaan teliti semula pembangunan konsep Pelan Induk Bandar Malaysia



PELAN Induk Bandar Malaysia sedang diteliti semula kerajaan untuk di kemukakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah memperolehi kelulusan secara dasar ke atas konsep pembangunan di kawasan tersebut.


Kementerian Kewangan memaklumkan penelitian semula ini perlu dilakukan setelah mengambil kira maklum balas dan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan pembangunan Bandar Malaysia mencapai matlamatnya.


“Memandangkan Bandar Malaysia merupakan antara tanah terbesar milik Kerajaan yang tinggal dan terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, penelitian semula adalah sangat penting bagi memastikan pembangunan dibuat dapat menggerakkan ekonomi Kuala Lumpur secara amnya.


“Pada masa yang sama pembangunan Bandar Malaysia hendaklah mengekalkan konteks pembangunan bertanggungjawab dalam mengimbangi ekosistem alam sekitar serta mewujudkan rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya ketika menjawap soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanya mengenai perkembangan terkini projek Bandar Malaysia di parlimen.


Tambah MoF, Fasa pertama pengkomersilan projek Bandar Malaysia juga sedang dirancang untuk dibangunkan dan tertakluk kepada keadaan pasaran serta kesediaan pelabur.


Sumber: Wilayah Ku

Comments


bottom of page