top of page

Kepincangan proses perolehan punca kontraktor salah dilantik. Tak layak pun dipanggil masuk tender



Projek mega perlu dipantau jawatankuasa tetap kementerian


Perlu ada jawatankuasa tetap yang memantau setiap kementerian berkaitan projek-projek mega yang berada di bawah kementerian tersebut.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Aira Azhari berkata, jawatankuasa ini berperanan bukan sahaja memantau malah harus diberi kuasa menyoal pegawai-pegawai terlibat projek sekiranya projek lambat siap, wujud ketirisan dan sebagainya.



Tak layak pun dipanggil masuk tender

Masalah dalam sesuatu projek bermula apabila kontraktor yang tidak memenuhi kriteria dikehendaki turut dijemput untuk masuk tender.


Pengerusi Eksekutif DNex, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir mempersoalkan kenapa ia berlaku sedangkan ada SOP berkaitan perkara tersebut. Kepincangan proses perolehan punca kontraktor salah dilantik

Proses perolehan projek kerajaan sudah menggariskan panduan dalam memilih pihak yang layak namun kesilapan dalam melaksanakannya menyebabkan kontrak diberikan kepada kontraktor yang tiada keupayaan untuk melaksanakan projek.


Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Zahir Hassan memberi contoh syarikat dengan modal berbayar RM2 berjaya mendapatkan projek bernilai RM10 juta sebagai satu proses perolehan yang tidak berlaku dengan baik. Dapatkan video penuh Wacana Sinar: Antara projek mega, subcon , & tata kelola

Comments


bottom of page