
Komitmen Kerajaan dalam Tenaga Boleh Baharu (TBB):
Kementerian Kerja Raya (KKR) melaksanakan pemasangan sistem Solar Photovoltaic (PV) di bangunan kerajaan dengan sokongan Kementerian Ekonomi.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif National Energy Transition Roadmap (NETR) untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Status Pelaksanaan Projek:
11 projek pemasangan Solar PV sedang dijalankan.
5 projek telah siap sepenuhnya, termasuk:
Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor
Wisma Pertahanan
Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN)
6 lagi projek dalam pelaksanaan dan dijangka siap tahun ini, termasuk:
Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Bangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
7 bangunan JKR
Bangunan SEDA Malaysia
Manfaat Pemasangan Sistem Solar PV:
Menjimatkan kos elektrik kerajaan. Contohnya, bangunan Parlimen Malaysia menjimatkan RM100,000 sebulan selepas pemasangan sistem ini.
Kapasiti pemasangan di tiga projek utama ini ialah 1.51 MegaWatt Peak (MWp) dengan potensi penjanaan tenaga sebanyak 1.85 GigaWattHour (GWh) setahun.
Pengurangan gas karbon sebanyak 1,430 tan metrik setahun.
Penjimatan bil elektrik kerajaan dianggarkan RM675,000 setahun.
Pelaksanaan Selaras dengan Dasar Tenaga Negara:
Projek ini mematuhi Skim Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering - NEM) yang digalakkan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan tenaga lestari.
JKR dan SEDA Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana utama.
Projek ini menjadi "Leading by Example" untuk pemasangan solar PV di lebih banyak bangunan kerajaan di seluruh negara.
Sumber: Berita Harian
Comments