
Kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 1
Sehingga Februari 2025, sebanyak 641 km daripada 786 km telah dibuka kepada pengguna.
9 daripada 11 pakej kerja telah siap sepenuhnya.
Antara laluan utama yang telah siap:
Telok Melano ke Sematan (33 km)
Serian ke Persimpangan Pantu (75 km)
Dua pakej terakhir:
WPC06 (65 km) – Dijangka siap suku kedua 2025.
WPC11 (80 km) – Dijangka siap secara berperingkat sehingga suku keempat 2025, kecuali Seksyen Lambir di Miri (siap Oktober 2027).
Tindakan Terhadap Kontraktor Yang Gagal Menyiapkan Projek
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengambil tindakan tegas ke atas kontraktor yang gagal mematuhi jadual.
Langkah penguatkuasaan termasuk:
Notis amaran dan pemantauan ketat melalui mesyuarat koordinasi kontrak (CCP).
Penalti LAD (Liquidated Ascertained Damages).
Penamatan kontrak bagi kes kelewatan serius.
KKR bekerjasama dengan ICU, Jabatan Perdana Menteri dan CIDB untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti projek.
Manfaat Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
Meningkatkan pembangunan sosioekonomi Sarawak dengan memperbaiki infrastruktur pengangkutan.
Mempercepatkan hubungan dengan Sabah dan Brunei serta memudahkan pergerakan rakyat.
Menawarkan perjalanan lebih cepat, selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.
Spesifikasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
Panjang keseluruhan: 786.41 km.
Kos pembinaan: RM16.117 bilion.
Mempunyai 3 hentian Rehat & Rawat (R&R) dan 5 hentian sebelah.
Projek dilancarkan pada 2015, bermula dari Telok Melano hingga ke Jalan Pujut 7 Link, Miri.
Projek ini adalah transformasi besar bagi sistem jalan raya Sarawak, yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan ekonomi negeri.
Sumber: Paultan
Comments