top of page

Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh saman - Peguam


Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh saman - Peguam
TIGA beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok semasa melalui Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh saman - Peguam

Kota Bharu: Keluarga mangsa yang maut akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut malam tadi boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).


Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan berkata, ia boleh dilakukan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu salah satu undang-undang yang membabitkan pengurusan PBT.


"Untuk kes berkenaan, keluarga mangsa boleh mengambil tindakan terhadap dua pihak iaitu PBT dan JKR.


"Ia membabitkan JKR sekiranya kedudukan pokok berkenaan berada dalam kawasan simpanan jalan jabatan berkenaan.


"Manakala tugas PBT pula adalah menyelia dan menyelenggara pokok berkenaan supaya berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan orang ramai," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dalam kejadian 8 malam tadi, tiga beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok semasa melalui Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas di sini.


Kejadian berhampiran Kem Desa Pahlawan itu berlaku ketika kereta Nissan Sentra yang dinaiki keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Machang ke Kota Bharu.


Mangsa yang maut adalah Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, suaminya, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.


Mengulas lanjut, Muhammad Hasif berkata, mengambil contoh satu kes yang hampir sama apabila seorang lelaki memfailkan saman terhadap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2014 lalu.


Katanya, lelaki berkenaan memfailkan saman susulan susulan kemalangan jalan raya pada 6 Oktober 2010 apabila sebatang pokok atau dahan jatuh menghempap mangsa ketika menunggang motosikal.


"Pada mulanya lelaki berkenaan memfailkan saman terhadap MPS sebagai defendan pertama, kemudian MPS memohon untuk dimasukkan Pengarah JKR Gombak sebagai defendan seterusnya.


"Mahkamah membenarkan JKR sebagai defendan kedua kerana pokok yang mendatangkan kecederaan kepada mangsa bukan di bawah tanggungjawab penyelenggaraan MPS, sebaliknya di bawah pihak lain (JKR)," katanya.


Sumber: Harian Metro


Keluarga mangsa maut dihempap pokok boleh saman - Peguam


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page