Kebakaran di SMK Lahat, Bandar Baru Lahat Ipoh terkawal, KKR & JKR segera nilai struktur bangunan demi pastikan semua operasi sekolah selamat dan mampu berfungsi tanpa risiko
- Ridhwanisme
- 1 day ago
- 1 min read

Komitmen KKR dalam Penilaian Keselamatan Struktur Bangunan
KKR bersedia memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penilaian akan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai tahap keselamatan struktur bangunan SMK Lahat, sebelum pemulihan atau operasi semula dijalankan.
Butiran Kebakaran
Berlaku di tingkat tiga blok D, membabitkan bumbung tujuh bilik darjah.
Anggaran kemusnahan: kira-kira 30%.
Kawasan kejadian masih dalam kawalan pihak berkuasa dan larangan dimasuki pihak luar demi keselamatan dan siasatan.
Kerjasama Antara Agensi
KKR komited bekerjasama rapat dengan KPM dan agensi berkaitan.
Fokus utama adalah keselamatan dan kebajikan pelajar, guru dan warga sekolah.
Siasatan dan Punca Kebakaran
Siasatan masih dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Punca kebakaran belum dikenal pasti semasa kenyataan dikeluarkan.
Tindakan Pantas JBPM
JBPM Perak, khususnya dari Balai Pasir Putih dan Batu Gajah, bertindak dengan cekap dan profesional.
Tiba dalam masa 3 minit, kawal kebakaran dalam lebih sejam, dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwadilaporkan.
Tempoh keseluruhan operasi pemadaman: 5 jam.
Comments