top of page

Kaji program CCTV sedia ada dahulu


Kaji program CCTV sedia ada dahulu Sarawak Voice www.sarawakvoice.com
Gambar hiasan: Kaji program CCTV sedia ada dahulu

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa untuk meneliti sistem litar tertutup (CCTV) sedia ada dahulu sebelum melaksanakan projek pemasangan CCTV berskala besar seperti diumumkan oleh Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian baru-baru ini.


Pembantu Khas kepada Adun Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian berkata, ketika ini terdapat 18 CCTV di pelbagai lokasi dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang dipasang untuk percubaan bagi rancangan CCTV masa hadapan.


“Ia dipasang pada harga RM600,000 atau lebih kurang RM33,000 bagi setiap CCTV.


Beberapa atau mungkin majoriti tidak beroperasi termasuk di Jalan Arang dan bulatan Jalan Dogan.


“Bagi saya Kerajaan Sarawak wajar meneliti program CCTV sedia ada sebelum memulakan projek berskala besar seperti rancangan pemasangan 800 CCTV di 200 lokasi,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Tegasnya, kerajaan patut melihat sistem CCTV sedia ada (MPP) dahulu dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik.


“Sebarang isu atau masalah yang dihadapi perlu dikenal pasti dan diperhalusi sebelum memulakan satu lagi projek berskala besar yang akan menelan belanja berpuluh juta ringgit,” ujarnya.


Seperti didesak Parti Tindakan Demokratik (DAP) selama ini tambah Michael Kong, tadbir urus yang baik mesti ada untuk memastikan sesuatu projek dilaksanakan dengan betul, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.


Sumber: Sarawak Voice

Comments


bottom of page