top of page

JKR beri keutamaan penyelenggaraan jalan berjadual


MGB rai Rumah Idaman pertamaJKR beri keutamaan penyelenggaraan jalan berjadual siap dibina
Gambar hiasan

JKR beri keutamaan penyelenggaraan jalan berjadual

KOTA BHARU: Penyelenggaraan secara berjadual terutama jalan-jalan yang sudah tiba tempoh untuk diturap atau dibina semula akan diberi keutamaan kerajaan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato’ Dr Izani Husin berkata, melalui usaha secara berterusan itu dapat mewujudkan suasana jalan raya yang bersih, indah dan ceria.


Menurutnya langkah itu penting demi keselamatan pengguna jalan raya dan mengelakkan berlaku kemalangan.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Perkara itu akan diberi keutamaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri demi kepentingan rakyat. Adalah menjadi harapan rakyat permukaan jalan yang rata dan tidak berlubang.


“Pegawai di JKR terutamanya jurutera perlu memainkan peranan dalam memastikan struktur mana-mana jalan berada dalam keadaan baik,” katanya pada taklimat sempena lawatan kerja ke ibu pejabat JKR Kelantan semalam. (Foto)


Taklimat disampaikan Pengarah JKR Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail. Hadir sama pegawai kanan JKR.


Sementara itu Ir Mohd Suhaili berkata, JKR mengambil beberapa langkah termasuk membuat rondaan berkala bagi mengenal pasti jalan yang bermasalah.


Menurutnya pemeriksaan rutin di jalan negeri yang bermasalah termasuk penampalan lubang, penurapan, kerja kecemasan kecil seperti laporan pokok tumbang dan memotong rumput diberi keutamaan.


“Bagi penyelenggaraan rutin masalah tersebut akan dipastikan dapat selesai dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan,” ujarnya.


Sumber: Harakah Daily


MGB rai Rumah Idaman pertama siap dibina


Comments


bottom of page